Invisible Friends

Ke UNISZA ke kita?

Assalamualaikum.
Hahahamboihhhh. Lamanya aku tak update blog ni. Kemain sibuk memanjang. Allah. Mana tak sibuknya. Tengah buat persiapan nak further study. Uhukkkk. Dulu, aku selalu berangan nak sambung belajar kat negeri orang. Konon nak berdikari sangat lah kan. Last last, Allah takdirkan aku tetap di negeri Terengganu ni. Hahaha. Dari darjah 1 sampai lah aku habis sekolah form 5, kat Terengganu jugak tempat aku menimba ilmu. Tak dinafikan aku sayang negeri ni. Ewahhhh. Tapi, aku pure kelantanese. Anok kelate bohhh. Luls >o<
Ke UNISZA ke kita? Yolerrrr. Masin jugak mulut kak chik. Katanya aku nanti belajar kat UNISZA je. Almaklumlah, UNISZA tu dekat sangat dengan rumah dia. Bagussssssssss! Masa aku semak result UPU, bila dapat tahu dapat UNISZA kos Diploma Pengajian Bank, hamboihhh. Kak chik aku yang terlebih excited. Sebelum tu, aku dah dapat dua tawaran. Dua-dua kat Pahang. First, dapat Kolej Matrikulasi Pahang. Kos perakaunan. Second, dapat Kolej Poly-tech Mara kos Diploma Perakaunan. Tapi kenapa kat UNISZA ni dapat Diploma Pengajian Bank?
Ok, aku tak patut mengeluh. Alhamdulillah. Syukur ke hadratMu Ya Allah. Semua orang pelik kenapa aku tak pergi matrik. Kenapa pergi UNISZA? Tambah tambah cikgu ekonomi dan cikgu akaun. Kenapa tak pergi matrik? Kenapa? And I was like, err. Cikgu ekonomi pulak dok membebel kenapa aku tak mintak asasi dekat UIA. Dan aku? Speechless. Hahaha. Ada sebab kenapa aku tak mintak. Sebab lokasi. Ok. Cerewet bebenor. Bukan apa. Parents aku yang tak bagi aku study dekat KL. Risau katanya. Plus plus abah aku la. Dah nama pun tak pernah berenggang. Hahaha @( ̄- ̄)@
Aku tahu. Confirm ada mulut mulut yang bercakap. Result kemain lagi last last ambil diploma jugak. Eh, bukan niat riak. Hmm. Biarlah. Apa yang penting, redha ibu bapa bersamaku. Semoga redha Allah turut bersamaku. Pedulikan apa orang kata. Uhukkk. Lagipun, apa yang membuat aku excited sangat nak pergi UNISZA sebab diploma dia 2 tahun jerrrrrrrrr. Biasanya diploma 3 tahun kan. Satu yang merunsingkan aku. Peluang kerjaya kalau aku ambil diploma pengajian bank ni. Cikgu cakap pengajian bank ni sempit sikit kerjaya dia. Lainlah perakaunan. Luas. Huwaaaaaaa. Aku nak jadi akauntan! Boleh ke? ╯▂╰
Ok lah. Panjang dah aku membebel. Act, persiapan tu belum seratus peratus pun lagi. Lagi 2 minggu aku kat rumah. Hmmm. Aku tahu aku akan homesick. Uhuk uhuk. Feels like wanna cry :'( Do pray for me. Have a bless jumaat people! Fi hifzillah. Assalamualaikum ♡

No comments: