Invisible Friends

Let go or wait?

Assalamualaikum and hai! :)

Dah lama tak update blog. So, malam ni terbuka hati nak menulis. Lumrah kot. I'll find this online diary whenever I need someone to talk to. Siapa sangka, all this while I thought he's the one. Tapi aku lupa yang takdir Allah lebih berkuasa. Berdosanya aku. Mungkin, dalam tak sedar, Allah dah makbulkan doa aku. "Ya Allah, seandainya dia yang terbaik, dekatkanlah dia kepadaku. Seandainya bukan, engkau jauhkanlah. Engkau gantikanlah dengan yang terbaik untukku. Dunia dan akhirat." Mungkin. Dia bukan yang terbaik. Sebab tu Allah jauhkan dia dari aku. 

Tipulah kalau cakap tak sakit. Tak hancur hati ni. Kenapa boleh jadi macam ni? Orang ketiga? Tak tahu. Serius, aku tak tahu. Dia diam sejuta bahasa tanpa alasan. Kalau ikutkan hati dan nafsu, aku rindu. Terlalu rindu. Tapi, aku kena ikut akal. I need to make a move. I need to take one step forward. Tapi, aku keliru. Wait or let go? 

"Daripada kau seksa hati kau, lebih baik kau angkat kaki. Tak guna kau stay." - Bestfriend dunia akhirat :)

Entahlah. Aku takut nak buat keputusan sekarang. Takut apa keputusan yang aku ambil, aku akan menyesal nanti. Its okay lah. I'll keep praying. Ada hikmah semua ni berlaku. Allah tak nak aku bagi harapan terlalu tinggi untuk seorang manusia. "Love Allah first and the whole universe will love you"