Invisible Friends

Buat Mata Yang Sedang Menangis..~

assalamualaikum n slm 1 mlysia..kli nie tieya nk k0ngsi sumthing..tieya bce sal nie lm mjlh s0lusi,,mjlh trbek pnye..!! ianye dtulis oleh FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN di ruangn memo lm mjlh islam uh..s0,,lets begin..


Duhai mata yg sedang menangis..
Mungkin tika ini kau sedang bahagia,mungkin juga kau sedang berduka.
Apa pun situasimu,air yg menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
ialah anugerah Allah s.w.t. yg tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli
ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!
Sungguh hairan kumelihat org yg merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya
satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dlm firman-Nya,
"Dan menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Surah al-Isra' 17:109)

"Apabila dibacakan ayat2 Allah Yg Maha Pemurah kpd mereka, maka mereka menyungkur dgn bersujud dan menangis." (Surah Maryam 19: 58)

Duhai mata yg sedang menangis...
Tahukah dikau,jika dikaji dari perspektif sains,tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yg berguna dlm merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dlm ketakutan,unsur2 berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur2 kimia daripada air mata.
Bukan itu sahaja,tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu dan urat2 dada. Setelah tangisanmu reda,kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah,hebat sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yg sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita,kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yg tersimpan.

Jika kau lelaki,kenapa kau perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dlm mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dgn perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun,tak siapa dapat menafikan kau juga insan yg punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dgn tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dgn menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.


Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau,penyayang-Nya Allah s.w.t. padamu hingga Dia menciptakan kalenjar2 air matamu lebih besar daripada kalenjar2 air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak,air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata,air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yg keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yg tidak stabil.

Duhai mata yg sedang menangis...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dgn rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar,tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jgn biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hisup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dlm menyampaikan kalam Yg Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yg selalu menangis kerana takut kepada Allah." (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i).

SEKIAN...

No comments: