Invisible Friends

KAWAN UNIVERSITI?

Assalamualaikum :)

Hm. Macam dah lama je tak usik blog. Memang bukan macam, dah sememangnya lama. K, ayat keling. Bila dah lama tinggalkan dunia berblog ni (sejak bila entah, aku pun lupa) serius rasa macam, "Eh, macam mana nak buat ayat ni?" Haaa gittew mak jemahh. Terkadang tu rindu la jugak. Rindu nak aktif balik. Dulu kemain dua tiga entry satu hari lepas tu post kat group fb blogger nak suruh orang baca. Alahai bataknya aku dulu. Hahahaha. Lepas tu dulu suka sangat mengedit blog, sekejap tema warna ni, esok lusa lain pulak. Nampak sangat dulu kemaruk berblog ni en en :p 

Apa benda dok mengenang kisah lama niii. Sekarang ni, punca yang paling besar kenapa aku dah tak aktif sebab MALAS. Haa inilah manusia. Itu nak. Ini nak. Pung pang pung pang dok bercakap nak itu ini tapi last last tak usaha. Choiiiiiiii. Cakap serupa bikin maaa. Kikiki. Ok, nak bercakap pasal apa yaaaaaaaaaa.

Ok, hati ni macam nak bercakap pasal KAWAN SEKOLAH TAK SAMA DENGAN KAWAN UNIVERSITI. Hamboi meletop tajuknyaa. Hihi. Dulu, masa sekolah aku tak sabar gila nak mampus nak masuk universiti ni. Konon dah malas sangat nak pergi sekolah. Haa, sekarang dah jadi budak U pun. Tapi serius aku cakap suasana tu HUNDRED PERCENT BERBEZA. Macam kawan-kawan atau lebih tepat lagi "orang-orang sementara" dalam hidup engkorang di unibersiti. 

Kat sini, aku dah jumpa orang yang jenis tak gheti nak fikir perasaan orang lain. Tak reti nak tengok keadaan orang macam mana. Asalkan dia bahagia, asalkan dia senang. Kat sini aku dah jumpa orang yang dulunya roommate korang tapi bila dah berbeza blok terus zapppp hilang ditelan ombak yang dalam dan tak timbul timbul. Hm aku pun tak hinginnn nak berkawan dengan orang macam tu. Kat sini jugak aku dah jumpa orang senegeri, bercakap, berjalan sekali masa orientasi tapi bila dah lama kat sini, jumpa aku pun haiyaaa macam tak pernah bertegur sebelum ni. Dan kat sini aku dah jumpa orang yang jenis nak orang dengar cakap dia jeeee. Kira dia je lah yang betul.

Kadang tu, datang satu perasaan, "Ma abah, kakak tak kuat nak hadapi semua ni." Banyak benda dah aku lalui. Bila pandang balik, macam tak percaya je aku boleh go through semua tu. Dan sesungguhnya hati ni rindu dengan kawan sekolah. Yang boleh jadi tempat luahan hati aku. Yang boleh kongsi pendapat. Yang akan bagi semangat dekat kita. Serius :'(

Buat adik-adik, hargai masa korang dekat sekolah. Hargai kawan-kawan sekolah. Akak jamin seratus peratus korang akan rindu semua tu. Ok lah. Nak buat "kerja sekolah" Hihihi. Lebiu all!

my girls :* (abaikan kegebuan pipiku -,-)

p/s: Al-Fatihah buat almarhum TGNA. Semoga rohnya diberkati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. #IloveTGNA 

No comments: